GoPro: Mounts for Biker

Isnin, Disember 28, 2015

Assalamualaikum..
 
saya sebenarnya dah lama nak tulis benda ni.. tapi macam biasa, buat itu ini, lupa dan tertinggal.. post kali ini adalah ditujakan kepada pengguna motorsikal, bikers la.. ini sekadar perkongsian tentang penggunaan saya.. anda mungkin mempunyai cara dan penggunaan yang berbeza dengan saya.. jadi untuk post ini, saya nak berkongsi aksesori yang saya gunakan untuk merakam video atau photo semasa menunggang motosikal..

 

GoPro Chesty

pada pendapat saya, chesty merupakan salah satu aksesori yang wajib la untuk biker miliki.. view yang akan anda dapat dari menggunakan chesty amat menarik, dan akan memberi sedikit perasaan immersive kepada penonton video.. selain itu, video akan kelihatan lebih stabil kerana badan kita tidak banyak bergerak jika hendak dibandingkan dengan mount pada helmet, dimana biker akan sering kali menoleh ke kiri dan kanan.. berikut merupakan contoh video saya yang menggunakan chesty..


GoPro Sticky Mount dan Pivot Arm

salah satu aksesori paling asas biker boleh manfaatkan yang datang terus dari dalam kotak adalah sticky mount dan pivot arm.. aksesori pada saya adalah berjenis "lekat dan tinggal".. lekatkan sticky tu dan biar saja.. ini kerana ia menggunakan pelekat gam 3M.. jadi ia lekat dengan sangat baik.. jadi sebelum membuat keputusan untuk melekatkannya, test dahulu view dari tempat yang anda ingin lekatkan itu.. tempat paling popular untuk menggunakan sticky mount ini adalah pada helmet.. saya sendiri pun lekat pada helmet.. selalunya bikers akan melekatkan pada bahagian tepi helmet atau pada bahagian atas helmet.. ini terpulang pada diri sendirilah, nak dapatkan view yang bagaimana.. walaupun ia menggunakan pelekat 3M, namun amatlah saya galakkan anda untuk memansang tali (tether) pada gopro anda.. mana tahu tiba-tiba terbuka.. bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.. ingat pesan saya ni, pasangkan tether sebelum terpelanting.. berikut merupakan contoh video saya yang menggunakan sticky mount pada helmet..


GoPro Sportsman Mount

mount ini merupakan mount pelbagai guna la.. saya sekadar cuba guna saja untuk letak pada besi pemegang di bahagian ekor motor saya.. tapi, hasil memuaskan, saya dapat satu view angle yang menarik.. mount ini sesuai untuk digunakan pada sebarang jenis pole atau rollbar dan ia mencengkan dengan baik dan kuat..

kalau nak tahu detail bagaimana saya letak mount ini, boleh rujuk post ini:
http://zufairi.blogspot.my/2015/11/gopro-ride-to-work-timelapse.html

berikut merupakan contoh video saya yang menggunakan sportsman mount..


GoPro Handlebar / Seatpost / Pole Mount dan GoPro Roll Bar Mount

Handlebar / Seatpost / Pole Mount

Roll Bar Mount

ha.. jangan silap.. ada dua jenis mount ni, dan cuma sedikit perbezaan saja.. 
  1. Handlebar / Seatpost / Pole Mount
  2. Roll Bar Mount
yang pertama tu nama punya la panjang, dan seperti namanya ia digunakan untuk handlebar, seatpost dan pole.. mount jenis ini adalah bersaiz kecil, dan ia digunakan untuk mount pada bar yang kecil sahaja.. contoh handlebar basikal, badan basikal dan lain-lain..

mount jenis kedua, roll bar mount, adalah bersize lebih besar daripada yang pertama tadi.. jadi mount jenis ini sesuai untuk digunakan pada bar yang lebih besar la.. contoh roll cage kereta, handle bar besar, dan lain-lain..

pendek cerita, kalau nak beli, tengok kesesuaian dengan saiz bar kita.. berikut merupakan contoh video saya yang menggunakan mount yang pertama tu, yakni handlebar mount..
 

Penutup

Sekian saja, terima kasih kerana sudi membaca.. diharap agar anda dapat belajar sesuatu yang baru dari post ini.. seperti biasa, ini semua pendapat saya, cadangan saya, buah pikiran saya, dan saya juga ada salah.. ini adalah pendapat peribadi saya serta ilmu-ilmu saya saya pelajari.. apa-apa pun, saya sudi menerima feedback, komen, cadangan dan pandangan dari anda untuk sama-sama kita memperluaskan minda kita disamping meningkatkan ilmu yang ada..
Terima kasih.. Assalamualaikum..

You Might Also Like

0 comments