Pengiraan Durasi Video Timelapse

Rabu, Mac 18, 2015


Pengenalan

Salam semua.. tempoh hari saya dah taip post ni sebenarnya, akan tetapi ada sedikit penemuan baru tentang pengiraan timelapse photo ini.. ia cuma berbeza daripada mode timelapse photo dan mode timelapse video dalam Hero4.. post kali ni merujuk hanya pada menggunakan mode TIMELAPSE PHOTO sahaja.. rajah di atas merupakan contoh pengiraan untuk membuat timelapse video menggunakan mode timelapse photo.. nanti saya akan ceritakan kenapa ia berbeza dengan mode timelapse video dalam Hero4.. apa yang saya tulis kali ini adalah mengenai teori bagaimana anda perlu buat pengiraan, kalau malas nak tahu anda boleh terus pergi ke laman sesawang MicBergsma.tv untuk cuba kalkulator yang beliau dah buat..

Teori

seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, nilai fps yang baik untuk sesuatu video itu mestilah 24fps dan ke atas.. secara peribadi, saya menggunakan 25fps untuk setiap video saya, sebab itu saya membuat contoh ini menggunakan nilai 25fps.. nilai fps yang saya maksudkan ini adalah merujuk kepada nilai output fps pada video anda nanti, di mana anda akan compile + edit + render.. ok..??

ok.. sebelum saya membuat penjelasan lebih lanjut, saya akan menjelaskan terlebih dahulu tentang rajah yang saya buat di atas.. Rajah 1, merupakan pengiraan untuk mendapatkan "jumlah photo" yang perlu diambil dalam video berdurasi 10sec.. jika anda ingin membuat video berdurasi 60sec, anda hanya perlu mendarab dengan 60 la.. jadi hasil darab itu, anda akan dapat jumlah photo yang perlu anda ambil untuk masa yang anda mahu..

Rajah 2 menunjukan penjelasan secaran teori kepada Rajah 3.. untuk mendapatkan jumlah masa yang akan diambil untuk anda mendapatkan sejumlah photo yang diperlukan, anda perlu mendarab "Jumlah photo" dengan "Sela masa (interval)", dalam unit saat.. kemudian anda bolehlah membahagi nilai saat dengan 60 untuk mendapat dalam nilai minit dan seterusnya jam.. saya telah membuat contoh pengiraan untuk video 25fps sahaja..akan tetapi cara pengiraannya tetap sama jika anda ingin membuat video 30fps.. anda cuma perlu gantikan nilai "Jumlah photo" dengan 300 sahaja.. jadi anda hanya perlu mendarab nilai 300 dengan "Sela masa (interval)" untuk mendapatkan "Jumlah masa menunggu, shooting, perubahan suasana" (jumlah masa yang akan diambil untuk mengambil gamba)..

Rajah 4 menunjukkan contoh pengiraan untuk video 25fps yang berdurasi 60sec.. sama seperti pengiraan yang lain, nilai fps iaitu 25 akan didarab dengan jumlah masa durasi video yang kita mahukan iaitu 60sec untuk mendapatkan "jumlah photo" yang perlu diambil.. kemudian darabkan nilai "jumlah photo" dengan nilai "Sela masa (interval)" untuk mendapatkan "Jumlah masa menunggu, shooting, perubahan suasana"..

Keterangan Lanjut

secara ringkasnya, apa yang saya cuba nak sampaikan di sini adalah cara untuk anda mendapatkan pengiraan masa yang betul untuk shot anda, tidak kira jika ia hanya untuk saja-saja atau kegunaan professional.. dengan menggunakan penetapan (setting) yang betul, anda akan dapat menjimatkan ruangan storage, mendapatkan jumlah photo yang betul, dan lain-lain..

dan daripada apa yang saya tunjukkan ini, anda sudah boleh fahami yang sebenarnya timelapse ini adalah ibarat seperti time-compression la pada saya.. sebab, berdasarkan jadual yang saya dah buat, anda dapat lihat, tempoh masa perubahan suasana yang berlaku adalah berbeza tetapi dimainbalik (playback) dalam tempoh masa yang sama.. segala perubahan pada scene/photo/framing yang anda ambil berlaku dalam tempoh 10sec sahaja.. katakan anda ingin membuat video selama 10sec dan anda ingin merakan suasana matahari tenggelam, katakan tempoh masa untuk situasi itu berlaku adalah 4min, anda boleh menggunakan interval 1sec.. oleh itu, anda boleh menggunakan teori ini untuk membuat pengiraan yang bersesuaian untuk anda..

perkara yang penting perlu anda ketahui sebelum shoot timelapse photo adalah:
  • durasi video yang akan kta buat
  • berapa nilai FPS untuk video itu
  • berapa nilai interval nak guna
  • berapa lama nak tunggu untuk shoot
jika kita tidak tahu bagaimana nak pilih nilai interval yang sesuai untuk video anda, anda cuma perlu buat pengiraan secara terbalik sahaja dan pilih nilai interval terendah yang ada.. contoh: nak buat video 10sec, nak ambil gambar 5min.. ok.. 5min = 300sec.. 300sec bahagikan dengan jumlah photo untuk 10sec, iaitu 250, maka 300 bahagi 250 anda akan dapat 1.2sec, jadi pilihlah interval rendah terhampir iaitu 1sec pada kamera anda..

salah satu sumber yang baik dan membantu anda untuk membuat pengiraan ini, anda boleh layari laman sesawang ini  MicBergsma.tv di laman sesawang ini beliau telah membuat kalkulator untuk membuat pengiraan bagi video timelapse.. dia akan minta kita tetapkan berapa lama video yang kita nak buat, berapa fps video tu, dan berapa tetapan sela masa.. kemudian dia akan kira berapa keping gambar yang perlu anda ambil dan berapa lama masa akan di ambil untuk shoot gambar tu.. selain itu anda boleh cuba memuatturun aplikasi timelapse calculator di Google Playstore atau App Store, saya tak pernah cuba lagi la.. sebab saya tak berapa minat dengan timelapse sangat, dan kalau saya buat pun, pendek sahaja.. ni contohnya.. memang sangat-sangat tak suka tunggu.. ni pun buat masa tengah makan di warung luar..


yang ini pulak buat masa mengikuti kursus..

yang ni pula sebab saja nak test GoPro punya Suction Cup..


untuk jadikan video, anda boleh guna perisian seperti Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, GoPro Studio, atau apa-apa perisian yang anda gunakan.. banyak tutorial macam mana nak jadikan timelapse photo kepada video di Youtube..

seperti biasa, saya sedia menerima sebarang pendapat, cadangan, maklum balas, kritikan dan apa-apa saja dari anda melaui komen di entri ini atau di Facebook, supaya sama-sama kita tingkatkan ilmu pengetahuan yang ada.. ada ilmu tinggi-tinggi pun kalau tak mahu kongsi nak buat apa ye tak.. saya ada sedikit hari ini, saya kongsi, dan apa yang anda kongsi, saya ambil.. 
terima kasih..

You Might Also Like

0 comments