GoPro: Photo - Night mode

Khamis, Disember 25, 2014

Pada 24 Disember 2014, saya dan 2 orang  kawan saya telah pergi ke Pesta Pulau Pinang.. tujuan utama saya pergi semata-mata untuk menguji sebaik mana kamera GoPro Hero4 Black saya dalam dalam keadaan rendah cahaya.. Namun begitu, hanya beberapa tempat sahaja yang rendah cahaya, kerana, biasalah pesta, penuh cahaya berwarna warna-warni.. akan tetapi, saya masih boleh membuat pengujian di sana, dapat lihat bagaimana kamera ini beraksi dalam suasana malam..

saya menggunakan penetapan seperti berikut:

Photo
Mode: Night
Shutter: Auto
Spot Meter: OFF
Protune: ON
White Balance: Auto
Color: GoPro Color
ISO Limit: 100
Sharpness: High
EV Comp: 0

saya mendapati bahawa, jika ingin membuat long exposure di kawasan pesta, nilai shutter tertinggi yang sesuai digunakan hanya 2 saat sahaja.. jika menggunakan 5 saat dan ke atas, gambar akan terlalu cerah dan kita akan kehilangan detail dalam gambar..

nilai shutter yang terbaik untuk digunakan dalam mode gambar ini adalah Auto.. ya Auto sahaja.. dengan menggunakan pilihan Auto pada nilai shutter, ia akan membiarkan kamera sendiri menetapkan nilai shutter yang bersesuaian dengan keadaan cahaya pada ketika itu.. daripada gambar yang saya ambil, terdapat beberapa nilai shutter berbeza, di antaranya 1/3sec, 1/5,sec, 0.6sec, 1/2sec, dan banyak lagi.. dan hasilnya sangat memuaskan hati..

ini diantara hasil dari malam tersebut..

gambar lain telah di muat-naik ke dalam akaun Flickr saya.. dan di dalam album ini merupakan gambar asal (original) tanpa edit..

** gambar telah diedit menggunakan Adobe Lightroom..**

Shutter: Auto (1/3 sec.)
Shutter: Auto (0.6 sec.)
Shutter: Auto (1/5 sec.)
Shutter: Auto (1/2 sec.)
Shutter: Auto (0.7 sec.)
Shutter: Auto (1/12 sec.)

You Might Also Like

0 comments